Selasa, 28 Julai 2009

Politeknik Merlimau Ditutup Sehingga 2/08/09

Hari ini Jabatan Kesihatan daerah Jasin telah dengan rasminya mengumumkan bahawa, Politeknik Merlimau, Melaka ditutup disebabkan oleh penularan virus H1N1..ini adalah kerana selepas saringan yang telah dijalankan semalam, telah mendapati 245 orang pelajar mempunyai simptom2 penyakit tersebut. 16 daripada mereka telah mempunyai simptom2 berat.

Semasa mengumumkan hal berkenaan, hari ini jumlah pelajar yang dijangkiti telah meningkat sebanyak 50%...dan disebabkan itu, Jabatan kesihatan telah mengambil langkah keselamatan dengan menutup institusi ini demi mengawal penularan wabak tersebut.


*Pendaftaran Pelajar Balik LI yang sepatutnya dibuat pada hari Jumaat ini bersamaan 31 Julai 09 telah ditangguhkan.


Tarikh: 3 Ogos 09
Hari: Isnin
Tempat: Mock Restoren (Bersebelahan Bengkel Housekeeping)

Pelajar2 diminta untuk membawa segala dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran




sekian.....