Selasa, 2 Disember 2008

Pameran Pelancongan 08 Melaka Mall









Berlangsung pada 8 dan 9 November yang lalu, Pameran Pelancongan anjuran Pelajar-pelajar Diploma Pelancongan Semester 3 Politeknik Merlimau, telah diadakan di Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah pameran, aktiviti-aktiviti seperti pertandingan melukis kanak-kanak, pertunjukkan tarian dan banyak lagi.....

Isnin, 1 Disember 2008

Family Day 08 A Famosa Water World











Bertempat di A Famosa Water World, Hari Keluarga Jabatan Hospitaliti, telah diadakan dengan meriahnya pada 29/11/08 yang lalu. Pelbagai aktviti-aktiviti diadakan bagi merapatkan lagi hubungan sesama staf dan keluarga masing-masing. Antara acara yang diadakan adalah sukaneka dan paling mengembirakan sekali adalah acara mandi manda.....

Isnin, 24 November 2008

Majlis Perkahwinan NorAshikin binti Jamal










Majlis perkahwinan yang telah berlangsung pada 22 november 08. Kehadiran tetamu yang ramai, memeriahkan lagi majlis walimatulurus. perjalanan ke rumah pengantin bermula pada pukul 9.00pg, rombongan telah berhenti sarapan pagi di hentian air keroh melaka. selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke tanjung malim.....

Lebih kurang pukul 12tghari, rombongan kami sampai ke exit tol behrang dan berhenti seketika untuk menunggu beberapa kenderaan lain...selepas semua telah sampai, kami meneruskan perjalanan ke rumah pengantin dan kami tiba di rumah pengantin lebih kurang pukul 1ptg...

Setibanya kami di rumah pengatin, acara seterusnya adalah acara makan...rombongan bergerak pulang lebih kurang jam 2.30ptg

Rabu, 12 November 2008

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Jabatan




Dipenghujung bulan syawal yang lalu, satu majlis sambutan hari raya telah dianjurkan oleh pelajar2 pengurusan pelancongan. Majlis yang bertempat di jabatn hospitaliti ini, telah dirasmikan oleh en sedek bin abu, selaku ketua jabatan dan tetamu kehormat pada majlis tersebut. para tetamu yang hadir temasuklah para pelajar, datang dengan berpakaian raya masing2.....majlis juga diserikan dengan persembahan karaoke oleh para pelajar......

Ahad, 9 November 2008

Malam Pra Graduan







Pada 24 oktober 2008 yang lalu, majlis malam Pra Graduan bagi pelajar semester 6 julai 08 telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 5 DHK bagi modul pengurusan majlis. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang terlibat terutama kepada pensyarah modul terbabit. Tema yang telah dipilih bagi malam tersebut adalah retro nite 60s 70s.....pelbagai gaya dan rupa pemakaian dapat dilihat pada malam tersebut. dan rata2 pensyarah yang hadir juga sungguh sporting mengayakan pakaian masing-masing.....acara pada malam itu telah dirasmikan oleh ketua jabatan...dan pelbagai acara telah dipersembahkan untuk para tetamu yang hadir....