Selasa, 29 September 2009

Wajah Terbaru Restoren Kristal sambungan lagi






Wajah Terbaru Restoren Kristal sambungan









Wajah Terbaru Restoren Kristal




Selasa, 28 Julai 2009

Politeknik Merlimau Ditutup Sehingga 2/08/09

Hari ini Jabatan Kesihatan daerah Jasin telah dengan rasminya mengumumkan bahawa, Politeknik Merlimau, Melaka ditutup disebabkan oleh penularan virus H1N1..ini adalah kerana selepas saringan yang telah dijalankan semalam, telah mendapati 245 orang pelajar mempunyai simptom2 penyakit tersebut. 16 daripada mereka telah mempunyai simptom2 berat.

Semasa mengumumkan hal berkenaan, hari ini jumlah pelajar yang dijangkiti telah meningkat sebanyak 50%...dan disebabkan itu, Jabatan kesihatan telah mengambil langkah keselamatan dengan menutup institusi ini demi mengawal penularan wabak tersebut.


*Pendaftaran Pelajar Balik LI yang sepatutnya dibuat pada hari Jumaat ini bersamaan 31 Julai 09 telah ditangguhkan.


Tarikh: 3 Ogos 09
Hari: Isnin
Tempat: Mock Restoren (Bersebelahan Bengkel Housekeeping)

Pelajar2 diminta untuk membawa segala dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran




sekian.....

Selasa, 21 Julai 2009

Cara Mengikat Tali Leher

Terdapat beberapa kaedah mengikat tali leher...Disini dinyatakan 4 jenis ikatan tali leher yang boleh digunapakai da dipraktikan untuk kegunaan bersama.








SELAMAT MENCUBA......

Jumaat, 10 Julai 2009

Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Makan Majlis Penutup MSK

Tarikh: 10/07/09
Tempat: Dewan Titanium
Perkara: Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Makan Majlis Penutup MSK


Jabtan Hospitaliti, telah diberikan tanggujawab untuk menguruskan majlis perhimpunan bulan jabatan pada kali ini dengan bertemakan 'Pemakanan Sihat Produktiviti Meningkat'. Majlis telah dihadiri oleh pengarah politeknik, Dr. Arshad dan juga TP(A), TP (SA), ketua-ketua jabatan, ketua unit, serta kakitangan akademik dan pentadbiran politeknik merlimau. Majlis diserikan dengan tayangan video berkaitan kesihatan dan juga aktiviti MSK. Pelbagai Tips menarik berkenaan apple hijau telah disampaikan oleh pengacara majlis. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu politeknik, negeri melaka dan negaraku.


Selapas majlis perhimpunan bulanan, Pengarah, TP dan KJ, dijemput untuk ke Restoren Kristal bagi Jamuan makan sempena Majlis Penutup MSK. Tetamu dihidangkan dengan pelbagai menu menarik seperti laksa johor, roti jala dan kuih muih.



Sekali lagi Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua AJK yang terlibat dalam menguruskan majlis.


Majulah JH untuk semua.....

Jumaat, 3 Julai 2009

Jamuan Makan Di Restoren Kristal

Tarikh: 3/07/09
Tempat: Restoren Kristal
Masa: 4.30-5.00pm
Kumpulan : C

Tarikh: 3/07/09
Tempat: Restoran Kristal
Masa: 8.00-9.00pm
Kumpulan : A


Tarikh: 4/0/709
Tempat Restoren Kristal
Masa: 12.30tghari
Kumpulan : B


Seperti yang telah dinyatakan diatas...kakitangan Jabatan Hospitaliti, telah ditugaskan untuk menguruskan jamuan makan di Politeknik. Kakitangan Jabatan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jadual diatas.

Bagi jamuan yang diadakan pada petang 3 julai, persiapan telah dibuat pada pukul 9pg. kakitangan telah bekerjasama menyediakan peralatan dan meja yang diperlukan bagi acara jamuan minum petang. manakala bagi kumpulan A, yang mengendalikan jamuan makan malam pula, segala persiapan dibuat awal dan meja disediakan pada pukul 6 ptg....Dan bagi kumpulan B pula, mereka ditugaskan untuk menghantar buahan-buahan untuk minum pagi ke bangunan pentadbiran seawal jam 8.30 pagi dan seterusnya bertanggungjawab untuk menguruskan jamuan tengahari.


Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat...terima kasih kerana masa dan tenaga yang telah disumbangkan demi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh ketua jabatan.


Majulah JH untuk masa hadapan.....


Khamis, 18 Jun 2009

Lawatan Penanda Aras di Sunway Lagoon

Hari : Rabu
Tarikh : 17/06/09
Tempat : Sunway Lagoon Theme Park





Pada Hari Rabu yang lalu, Jabatan Hospitaliti, telah mengadakan satu lawatan ke Sunway Lagoon Theme Park. Lawatan yang diadakan adalah bertujuan untuk melihat bagaimana pihak Theme Park menjalankan operasi harian mereka, mengendalikan pelanggan-pelanggan yang hadir, sistem keselamatan yang digunakan, kaedah menangani masalah-masalah yang timbul ketika menghadapi jumlah tetamu yang ramai pada satu-satu masa.


Peserta terdiri daripada kakitangan jabatan sendiri seramai 40 orang. dan seawal 7.30pagi, kami telah berkumpul di kawasan jabatan menunggu pengangkutan yang telah ditempah. kumpulan kami bertolak dari merlimau lebih kurang jam 8.30pagi. Disebabkan beberapa masalah teknikal, kumpulan kami terlewat daripada jadual. Lebih kurang jam 10.00pagi, kami berhenti rehat minum pagi di Hentian Rehat & Rawat Seremban selama 1jam.


Perjalanan ke Sunway Lagoon sungguh menarik ditambah pula dengan selingan dan hiburan oleh salah seorang penyanyi jemputan yang menghiburkan kami semasa didalam perjalanan. (nama penyanyi tersebut terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan). Kumpulan kami tiba di tapak Parkir Sunway Lagoon lebih kurang jam 12.30tghari. Setibanya di hadapan pintu masuk Theme Park, kami diberikan jam tangan khas sebagai tag pengenalan dan juga pass masuk ke Theme Park. Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka bermula dari lawatan, penerangan sehingga ke aktiviti yang paling dinanti-nantikan iaitu....aktiviti bebas...mandi manda....dan sebagainya.....


Setelah sehari suntuk berada di Theme Park.....tibalah masa untuk pulang....lebih kurang pukul 4.30ptg, kumpulan kami bergerak pulang ke merlimau. Satu pengalaman yang begitu menarik, mendebarkan dan juga menyeronokkan bagi semua ahli kumpulan. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang menganjurkan aktiviti ini, pihak Sunway Lagoon Theme Park, En Driver, Cik Toll Gate Girl, Akak-akak di Hentian Rehat Seremban dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan kami ini....


cheers....


*sila ke galeri gambar untuk tatapan gambar aktiviti

Isnin, 18 Mei 2009

FAKTA YANG MENARIK DAN MAMPU MEMBUAT ANDA KETAWA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.



CHEERS

Jumaat, 15 Mei 2009

Jamuan Makan Malam

Tarikh : 14 mei 09
Hari : Khamis
Masa : 9malam
Tempat : Medan Ikan Bakar Camar Putih (Telok Mas)


Majlis makan malam ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar kebudayaan Kelab Hospitaliti yang banyak telah menyumbangkan masa dan tenaga mereka dalam pelbagai acara yang telah dianjurkan oleh Politeknik Merlimau. Diantaranya adalah semasa Majlis Konvo ke 5.

Sekalung Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat


Sila ke Galeri Gambar Untuk Tatapan Gambar Aktiviti

Taklimat 2 Latihan Industri

Tarikh : 14 mei 09
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Kuliah ULPL


Jabatan Hospitaliti, telah mengajurkan sesi taklimat 2 latihan industri kepada semua pelajar semester 3 kursus DHK & DUP. Taklimat telah diberikan oleh wakil Unit Latihan Industri, Cik Rusmaini bt Ramly. Pelajar telah diberikan taklimat berkenaan hal-hal berkaitan latihan industri, borang-borang yang perlu disi oleh pelajar semasa menjalani latihan industri.


Sila ke Galeri Gambar untuk Melihat Gambar Aktiviti

Ahad, 10 Mei 2009

Pembentangan Projek Pelajar Sem Akhir DHK

Pada 11/5/2009, bertempat di Restaurant Crystal & Dewan Kuliah Jabatan Hospitaliti..telah berlangsung pembentangan projek pelajar-pelajar semester akhir DHK. pembentangan tersebut telah berlangsung dari pukul 9.30 sehingga 1 tghari. seramai 4orang panel penilai yang terdiri daripada penyelia projek telah dijemput untuk menilai projek pelajar terbabit

Ahad, 5 April 2009

KARNIVAL JABATAN HOSPITALITI

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Hospitaliti ( Jabatan Hospitaliti ) dan Pelajar Diploma Hotel Katering ( Sem 5 ) akan menganjurkan "Karnival Hospitaliti" seperti maklumat berikut :-

Tarikh : 14.04.2009 ( Selasa )
Masa : 08.00 pagi - 10 malam
Tempat : Dewan Platinum PMM.


Aktiviti - aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti

: Pameran Interpretasi Pelawat oleh pelajar DUP/PUP semester 5.
: Gerai Jualan
: Pertandingan Memasak dan Ukiran Buah-Buahan
: Pertunjukkan Roti Canai Terbang
: Persembahan Kebudayaan
: Dan banyak lagi aktiviti menarik disediakan.



Semua warga PMM dijemput hadir.

Rabu, 1 April 2009

Anugerah Ketua Jabatan ( AKJ )




Pada 25 mac 2009, Jabatan Hospitaliti telah mengadakan hari penyampaian sijil Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) bari mengiktiraf pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Majlis tersebut telah bertempat di Dewan Kuliah Jabatan Hospitaliti. Seramai 115 orang pelajar telah menerima sijil AKJ. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Restoran Kristal

untuk melihat gambar sila click pada ruangan galeri gambar jabatan hospitaliti

Ahad, 29 Mac 2009

Majlis Persandingan Aylin Kamaruddin

Gambar-gambar sekitar majlis yang berlangsung di Pasir Gudang Johor






Jumaat, 20 Mac 2009

12th Penang International Salon Gastronomic

Pada 13-15 mac 2009 yang lalu telah berlangsung pertandingan 'Battle of the chef' Penang Chapter yang telah diadakan di PISA Pulau Pinang. Jabatan Hospitaliti Politeknik Merlimau Melaka telah menghantar beberapa orang wakil yang terdiri dari pensyarah dan juga pelajar untuk bertanding didalam acara antarabangsa ini.


Berikut adalah pemenang-pemenang bagi setiap kategori dan acara:


Silver Medalist

1. Mohd Noor Firdaus Bin Yusuf; Fruits & Vegetables Carving (Practical)
2. Nurhafiza Binti Mohamed Hamizan; Fruits & Vegetables Carving (Practical)
3. Mohd Hafis Bin Zulbahari; Fruits & Vegetables Carving (Practical)



Bronze Medalist

1. Abdul Razak Bin Wari; Fruits & Vegetables Carving (Practical & Display)
2. Maisara Binti Zainal Abidin; Fruits & Vegetables Carving (Display)


Certificate in Diploma

1. Mohd Taufik Bin Haji Ahmad; Main Course I & II
2. Muhammad Shahril Bin Md Salim; Main Course I
3. Mohd Khair Bin Md Yusof; Main Course I
4. Nurul Athirah Binti Jaafar; Fruits & Vegetables Carving (Practical)


National Western Team Hot Cooking

a. Mohd Taufik Bin Haji Ahmad
b. Abdul Razak Bin Wari
c. Muhammad Shahril Bin Md Salim


Western Team Hot Cooking ( Apprentice Classes)

a. Mohd Khair Bin Md Yusof
b. Ahmad Bin Ariffin
c. Muhamad Suhaimi Bin Abd Halid Osman

Participation

1. Ahmad Bin Ariffin; Main Course II
2. Rizuwan Bin Mohammad Rusli; Fruits & Vegetables Carving (Practical)



* Main Course I = Meat / Poultry / Game
* Main Course II = Fish / Seafood



TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PEMENANG


untuk melihat gambar sila layari web dibawah:

http://www.flickr.com/photos/mysarazynal/

Khamis, 12 Mac 2009

Hari Jalinan Ukhwah 09 ( 19/02/09)






Pembukaan bagi tahun 09....Jabatan Hospitaliti telah mengadakan Hari Ukhwah Jabatan Hospitaliti...Dimana hari tersebut telah menggumpulkan semua pelajar-pelajar jabatan serta pensyarah didalam satu majlis sukaneka. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk merapatkan jalinan ukhwah diantara pelajar dan juga pensyarah jabatan.
thanks for viewing....cheers