Khamis, 18 Jun 2009

Lawatan Penanda Aras di Sunway Lagoon

Hari : Rabu
Tarikh : 17/06/09
Tempat : Sunway Lagoon Theme Park





Pada Hari Rabu yang lalu, Jabatan Hospitaliti, telah mengadakan satu lawatan ke Sunway Lagoon Theme Park. Lawatan yang diadakan adalah bertujuan untuk melihat bagaimana pihak Theme Park menjalankan operasi harian mereka, mengendalikan pelanggan-pelanggan yang hadir, sistem keselamatan yang digunakan, kaedah menangani masalah-masalah yang timbul ketika menghadapi jumlah tetamu yang ramai pada satu-satu masa.


Peserta terdiri daripada kakitangan jabatan sendiri seramai 40 orang. dan seawal 7.30pagi, kami telah berkumpul di kawasan jabatan menunggu pengangkutan yang telah ditempah. kumpulan kami bertolak dari merlimau lebih kurang jam 8.30pagi. Disebabkan beberapa masalah teknikal, kumpulan kami terlewat daripada jadual. Lebih kurang jam 10.00pagi, kami berhenti rehat minum pagi di Hentian Rehat & Rawat Seremban selama 1jam.


Perjalanan ke Sunway Lagoon sungguh menarik ditambah pula dengan selingan dan hiburan oleh salah seorang penyanyi jemputan yang menghiburkan kami semasa didalam perjalanan. (nama penyanyi tersebut terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan). Kumpulan kami tiba di tapak Parkir Sunway Lagoon lebih kurang jam 12.30tghari. Setibanya di hadapan pintu masuk Theme Park, kami diberikan jam tangan khas sebagai tag pengenalan dan juga pass masuk ke Theme Park. Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka bermula dari lawatan, penerangan sehingga ke aktiviti yang paling dinanti-nantikan iaitu....aktiviti bebas...mandi manda....dan sebagainya.....


Setelah sehari suntuk berada di Theme Park.....tibalah masa untuk pulang....lebih kurang pukul 4.30ptg, kumpulan kami bergerak pulang ke merlimau. Satu pengalaman yang begitu menarik, mendebarkan dan juga menyeronokkan bagi semua ahli kumpulan. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang menganjurkan aktiviti ini, pihak Sunway Lagoon Theme Park, En Driver, Cik Toll Gate Girl, Akak-akak di Hentian Rehat Seremban dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan kami ini....


cheers....


*sila ke galeri gambar untuk tatapan gambar aktiviti