Isnin, 18 Mei 2009

FAKTA YANG MENARIK DAN MAMPU MEMBUAT ANDA KETAWA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.



CHEERS

Jumaat, 15 Mei 2009

Jamuan Makan Malam

Tarikh : 14 mei 09
Hari : Khamis
Masa : 9malam
Tempat : Medan Ikan Bakar Camar Putih (Telok Mas)


Majlis makan malam ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar kebudayaan Kelab Hospitaliti yang banyak telah menyumbangkan masa dan tenaga mereka dalam pelbagai acara yang telah dianjurkan oleh Politeknik Merlimau. Diantaranya adalah semasa Majlis Konvo ke 5.

Sekalung Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat


Sila ke Galeri Gambar Untuk Tatapan Gambar Aktiviti

Taklimat 2 Latihan Industri

Tarikh : 14 mei 09
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Kuliah ULPL


Jabatan Hospitaliti, telah mengajurkan sesi taklimat 2 latihan industri kepada semua pelajar semester 3 kursus DHK & DUP. Taklimat telah diberikan oleh wakil Unit Latihan Industri, Cik Rusmaini bt Ramly. Pelajar telah diberikan taklimat berkenaan hal-hal berkaitan latihan industri, borang-borang yang perlu disi oleh pelajar semasa menjalani latihan industri.


Sila ke Galeri Gambar untuk Melihat Gambar Aktiviti

Ahad, 10 Mei 2009

Pembentangan Projek Pelajar Sem Akhir DHK

Pada 11/5/2009, bertempat di Restaurant Crystal & Dewan Kuliah Jabatan Hospitaliti..telah berlangsung pembentangan projek pelajar-pelajar semester akhir DHK. pembentangan tersebut telah berlangsung dari pukul 9.30 sehingga 1 tghari. seramai 4orang panel penilai yang terdiri daripada penyelia projek telah dijemput untuk menilai projek pelajar terbabit