Jumaat, 10 Julai 2009

Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Makan Majlis Penutup MSK

Tarikh: 10/07/09
Tempat: Dewan Titanium
Perkara: Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Makan Majlis Penutup MSK


Jabtan Hospitaliti, telah diberikan tanggujawab untuk menguruskan majlis perhimpunan bulan jabatan pada kali ini dengan bertemakan 'Pemakanan Sihat Produktiviti Meningkat'. Majlis telah dihadiri oleh pengarah politeknik, Dr. Arshad dan juga TP(A), TP (SA), ketua-ketua jabatan, ketua unit, serta kakitangan akademik dan pentadbiran politeknik merlimau. Majlis diserikan dengan tayangan video berkaitan kesihatan dan juga aktiviti MSK. Pelbagai Tips menarik berkenaan apple hijau telah disampaikan oleh pengacara majlis. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu politeknik, negeri melaka dan negaraku.


Selapas majlis perhimpunan bulanan, Pengarah, TP dan KJ, dijemput untuk ke Restoren Kristal bagi Jamuan makan sempena Majlis Penutup MSK. Tetamu dihidangkan dengan pelbagai menu menarik seperti laksa johor, roti jala dan kuih muih.



Sekali lagi Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua AJK yang terlibat dalam menguruskan majlis.


Majulah JH untuk semua.....