Selasa, 28 Julai 2009

Politeknik Merlimau Ditutup Sehingga 2/08/09

Hari ini Jabatan Kesihatan daerah Jasin telah dengan rasminya mengumumkan bahawa, Politeknik Merlimau, Melaka ditutup disebabkan oleh penularan virus H1N1..ini adalah kerana selepas saringan yang telah dijalankan semalam, telah mendapati 245 orang pelajar mempunyai simptom2 penyakit tersebut. 16 daripada mereka telah mempunyai simptom2 berat.

Semasa mengumumkan hal berkenaan, hari ini jumlah pelajar yang dijangkiti telah meningkat sebanyak 50%...dan disebabkan itu, Jabatan kesihatan telah mengambil langkah keselamatan dengan menutup institusi ini demi mengawal penularan wabak tersebut.


*Pendaftaran Pelajar Balik LI yang sepatutnya dibuat pada hari Jumaat ini bersamaan 31 Julai 09 telah ditangguhkan.


Tarikh: 3 Ogos 09
Hari: Isnin
Tempat: Mock Restoren (Bersebelahan Bengkel Housekeeping)

Pelajar2 diminta untuk membawa segala dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran




sekian.....

Selasa, 21 Julai 2009

Cara Mengikat Tali Leher

Terdapat beberapa kaedah mengikat tali leher...Disini dinyatakan 4 jenis ikatan tali leher yang boleh digunapakai da dipraktikan untuk kegunaan bersama.








SELAMAT MENCUBA......

Jumaat, 10 Julai 2009

Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Makan Majlis Penutup MSK

Tarikh: 10/07/09
Tempat: Dewan Titanium
Perkara: Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Makan Majlis Penutup MSK


Jabtan Hospitaliti, telah diberikan tanggujawab untuk menguruskan majlis perhimpunan bulan jabatan pada kali ini dengan bertemakan 'Pemakanan Sihat Produktiviti Meningkat'. Majlis telah dihadiri oleh pengarah politeknik, Dr. Arshad dan juga TP(A), TP (SA), ketua-ketua jabatan, ketua unit, serta kakitangan akademik dan pentadbiran politeknik merlimau. Majlis diserikan dengan tayangan video berkaitan kesihatan dan juga aktiviti MSK. Pelbagai Tips menarik berkenaan apple hijau telah disampaikan oleh pengacara majlis. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu politeknik, negeri melaka dan negaraku.


Selapas majlis perhimpunan bulanan, Pengarah, TP dan KJ, dijemput untuk ke Restoren Kristal bagi Jamuan makan sempena Majlis Penutup MSK. Tetamu dihidangkan dengan pelbagai menu menarik seperti laksa johor, roti jala dan kuih muih.



Sekali lagi Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua AJK yang terlibat dalam menguruskan majlis.


Majulah JH untuk semua.....

Jumaat, 3 Julai 2009

Jamuan Makan Di Restoren Kristal

Tarikh: 3/07/09
Tempat: Restoren Kristal
Masa: 4.30-5.00pm
Kumpulan : C

Tarikh: 3/07/09
Tempat: Restoran Kristal
Masa: 8.00-9.00pm
Kumpulan : A


Tarikh: 4/0/709
Tempat Restoren Kristal
Masa: 12.30tghari
Kumpulan : B


Seperti yang telah dinyatakan diatas...kakitangan Jabatan Hospitaliti, telah ditugaskan untuk menguruskan jamuan makan di Politeknik. Kakitangan Jabatan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jadual diatas.

Bagi jamuan yang diadakan pada petang 3 julai, persiapan telah dibuat pada pukul 9pg. kakitangan telah bekerjasama menyediakan peralatan dan meja yang diperlukan bagi acara jamuan minum petang. manakala bagi kumpulan A, yang mengendalikan jamuan makan malam pula, segala persiapan dibuat awal dan meja disediakan pada pukul 6 ptg....Dan bagi kumpulan B pula, mereka ditugaskan untuk menghantar buahan-buahan untuk minum pagi ke bangunan pentadbiran seawal jam 8.30 pagi dan seterusnya bertanggungjawab untuk menguruskan jamuan tengahari.


Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat...terima kasih kerana masa dan tenaga yang telah disumbangkan demi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh ketua jabatan.


Majulah JH untuk masa hadapan.....